Hari ni rancang nak pergi Wisma Goshen buat apitherapy sengat lebah dan jumpa kawan lama aku di Universiti Malaya jam 12 tgh. Disebabkan aku keluar lewat dari rumah Warie (adik aku) di Hulu Langat, jadinya tak sempat la aku nak buat rawatan apitherapy. Aku pun terus tukar destinasi waze ke Aroma Cafe di UM memandangkan ada 15 minit saja lagi.
Kawan lama aku ni dah lama tak jumpa, lebih kurang 23 tahun tak jumpa sejak habis sekolah darjah 6 di Sek. Keb. Anak-anak Angkatan Tentera. Dah dapat Doctrate sekarang, bergelar Dr. Masyitah. Hebat kawan2 aku sekarang.
Dalam tempoh lama tak jumpa tu, macam2 yang telah kami lalui. Alhamdulillah, jadi orang juga la kami ni. Kami pon sibuk la berkongsi cerita hidup masing2. Cuma yang aku kesal sebab tercerita tentang cancer aku ni. Dah cuba mengelak tapi tak mampu menipu.
Nilai title 'childhood friend' ni besar maknanya bagi aku. Satu persahabatan yang ikhlas dan genuine, di mana kita berkawan tanpa syarat dan niat. Bak kata Syitah, walaupun masing2 dah berubah sesuai dengan peredaran waktu, namun roh tetap sama. Masih terserlah karektor asal kita di masa kecil biarpun cuba dilindungi.
Kawan2 panggil dia Syitah tapi dia suka eja nama dia cheetah 😊. Syitah duduk depan aku dan dia duduk di antara Ridhwan Khalid dan Rasul. Budak2 dua orang ni suka usik dia, sembunyi alatulis dia, ejek dia. Ada satu masa tu depa ejek dia semut sampai nangis2 dia. Aku pun tak pasti kenapa tapi lepas tu semua orang panggil dia semut.
Kami selalu makan nasi lemak sama2 tepi kelas dan tunggu van sama2 masa balik sekolah. Masa tunggu van, kami selalu pi beli aiskrim malaysia kat makcik rumah berek TUDM depan sekolah. Lepas tu dia ajak aku pi tepi Pusat Sumber Sekolah. Kat situ ada satu pokok daun macam alorvera yang ada duri2 kat tepi daun. Dia ajar aku cabut satu duri dan tulis nama atas daun tu dan pokok tu penuh dengan nama kami. Sweet kan. Aku cakap nanti bila ada boyfriend, aku ajak dia pi situ tulis nama kat situ 😆.
Syitah pandai menyanyi. Suara dia sedap dan merdu. Cikgu selalu suruh dia nasyid, masuk pertandingan menyanyi, berlakon dan aktiviti seni lain. Aku pula lebih kepada bersukan, maklum la budak tomboy. Aku pertama kali dengar lagu Gurindam Jiwa masa dia menyanyi dalam kelas. Aku rasa tu la lagu cinta pertama yang aku dengar. Kalau aku dengar lagu sampai sekarang akan ingat dia.
Aku rasa happy sangat dapat jumpa kawan2 lama. Satu perasaan yang tak dapat aku nak gambarkan dengan kata2. Terasa waktu seperti waktu mencemburui bila mungkin persahabatan yang kembali terjalin hanya berbaki masanya di dunia. Bak kata Syitah, moga berjumpa lagi di tempat paling indah.
Punya la rancak kami bersembang sampai sekeping gambar pon tak ambik 😁. InsyaAllah, panjang umur jumpa lagi.
Gurindam Jiwa
Intai kami antara nampak.
Esok jangan rindu-rinduan.
Anak cina pasang lukah.
Lukah dipasang di Tanjung Jati.
Di dalam hati tidak ku lupa.
Sebagai rambut bersimpul mati.
Batang selasih permainan budak.
Daun sehelai dimakan kuda.
Bercerai kasih talak tiada.
Seribu tahun kembali juga.
Burung merpati terbang seribu.
Hinggap seekor di tengah laman.
Hendak mati di hujung kuku.
Hendak berkubur di tapak tangan.
Kalau tuan mudik ke hulu.
Carikan saya bunga kemboja.
Kalau tuan mati dahulu.
Nantikan saya di pintu syurga.
Tuai padi antara masak.
Esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak.
Esok jangan rindu-rinduan.
Lukah dipasang di Tanjung Jati.
Di dalam hati tidak ku lupa.
Sebagai rambut bersimpul mati.
Daun sehelai dimakan kuda.
Bercerai kasih talak tiada.
Seribu tahun kembali juga.
Hinggap seekor di tengah laman.
Hendak mati di hujung kuku.
Hendak berkubur di tapak tangan.
Carikan saya bunga kemboja.
Kalau tuan mati dahulu.
Nantikan saya di pintu syurga.