Tuesday, December 27, 2016

Kenduri SIC

25 Disember, 2016 - Ahad

Setahun sekali saja aku hadir majlis kenduri kahwin, itu pon majlis kahwin sepupu-sepupu aku. 2016 ni kira banyak juga la aku pi makan kenduri... dua ja 😁

Entri kali kira penutup cerita kenduri kahwin. Tunggu tahun depan pula cerita.

Tahun ni giliran sepupu aku Tati pula menamatkan zaman bujang setelah bertahun2 berkawan & bercinta.
Alhamdulillah, majlis yang berlangsung di Sepang International Circuit berjalan lancar. Masa ni la nak jumpa adik beradik jauh dan dekat.

 

Tugasan aku kali ni jaga candy booth untuk kanak- kanak. Booth aku la paling laris. Bukan anak-anak saja serbu, mak bapa pun mai sebat candy sekali ☺️

Overall semua ok. Lauk kenduri pun sedap. Ramai yang puji. Well done! 

Selesai majlis, masa untuk family photo sebagai kenang-kenangan. Mana tahu, ini mungkin pertemuan yang terakhir. 

Memenuhi jemputan itu wajib. Merapatkan siratulrahim itu pahala. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.

 



Thursday, December 22, 2016

Nasi Minyak

18 December 2016, Sabtu

Weiii...lamanya tak makan nasi minyak 💃🏻
Kenduri sekarang ni banyak yang buat nasi putih, nasi hujan panas la, nasi kuning la, nasi warna warni la, macam-macam ada. Kali ni lepas gian makan nasi minyak 😁

 

Tapi lagi havoc kenduri ni, dapat makan hidang. Mana nak cari lagi kenduri zaman sekarang makan hidang, semua buffet ja. Berbaloi juga aku pi makan kenduri yang pertama di tahun 2016. Biasa la, aku kan malas sikit bersosial.

Bila tengok semangat gotong royong yang masih diamalkan di kampung Machang Bubuk, Labu Besar, Kulim ni, rasa macam balik ke zaman 80-an. Kenduri zaman dulu adik beradik, sahabat handai dan jiran tetangga memainkan peranan penting untuk menjayakan majlis kahwin ni. Masa tu best nak tengok anak dara & anak teruna kampung sibuk jadi mentara, angkut makanan untuk dihidangkan pada tetamu.
Nostalgia betul bila ingat zaman dulu.

Apa pun aku happy sangat dapat meraikan majlis kahwin rakan sekerja aku. Tahniah untuk Huda & Roy, semoga berbahagia hingga ke syurga.