Tuesday, December 27, 2016

Kenduri SIC

25 Disember, 2016 - Ahad

Setahun sekali saja aku hadir majlis kenduri kahwin, itu pon majlis kahwin sepupu-sepupu aku. 2016 ni kira banyak juga la aku pi makan kenduri... dua ja 😁

Entri kali kira penutup cerita kenduri kahwin. Tunggu tahun depan pula cerita.

Tahun ni giliran sepupu aku Tati pula menamatkan zaman bujang setelah bertahun2 berkawan & bercinta.
Alhamdulillah, majlis yang berlangsung di Sepang International Circuit berjalan lancar. Masa ni la nak jumpa adik beradik jauh dan dekat.

 

Tugasan aku kali ni jaga candy booth untuk kanak- kanak. Booth aku la paling laris. Bukan anak-anak saja serbu, mak bapa pun mai sebat candy sekali ☺️

Overall semua ok. Lauk kenduri pun sedap. Ramai yang puji. Well done! 

Selesai majlis, masa untuk family photo sebagai kenang-kenangan. Mana tahu, ini mungkin pertemuan yang terakhir. 

Memenuhi jemputan itu wajib. Merapatkan siratulrahim itu pahala. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.

 



No comments:

Post a Comment