25 Disember, 2016 - Ahad
Entri kali kira penutup cerita kenduri kahwin. Tunggu tahun depan pula cerita.
Tahun ni giliran sepupu aku Tati pula menamatkan zaman bujang setelah bertahun2 berkawan & bercinta.
Alhamdulillah, majlis yang berlangsung di Sepang International Circuit berjalan lancar. Masa ni la nak jumpa adik beradik jauh dan dekat.
Tugasan aku kali ni jaga candy booth untuk kanak- kanak. Booth aku la paling laris. Bukan anak-anak saja serbu, mak bapa pun mai sebat candy sekali ☺️
Overall semua ok. Lauk kenduri pun sedap. Ramai yang puji. Well done!
Selesai majlis, masa untuk family photo sebagai kenang-kenangan. Mana tahu, ini mungkin pertemuan yang terakhir.
Memenuhi jemputan itu wajib. Merapatkan siratulrahim itu pahala. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan.