Thursday, March 2, 2017

Apitherapy Sengat Lebah

Lebih kurang 8 bulan aku tak dapatkan rawatan Apitherapy sengat lebah. Hari Ahad lepas aku kembali ke Wisma Goshen untuk sengat lebah di Afnan Apitherapy Center, Lembah Pantai.


Rasa risau tu ada juga la, maklum la dah lama tinggal. Tapi Alhamdulillah, sakit disengat lebah tu tak la teruk seperti yang dirisaukan. Bagi permulaan ni aku sengat di bahu kiri 2 ekor dan pinggang 2 ekor. Buat masa sekarang tak ada tindak balas seperti demam, gatal-gatal atau bengkak di bahagian sengatan tu. Harapnya ok la, yang penting mesti minum air banyak. Alhamdulillah, rasa sakit di bahagian bahu kiri aku pon dah hilang.


Rawatan apitheraphy sengatan lebah atau pun bee venom acupuncture ni adalah rawatan pertama yang aku cuba sebaik saja dapat tahu mengidap cancer tahap 2. Untuk pesakit cancer, 30 sessi disarankan dan aku pon ambik sengatan lebih kurang 20 ekor sehari selama 30 hari. Selain itu, aku juga minum jus madu sebagai supplement. Ada lebih kurang 8 jenis madu yang dicampur dari setiap bahagian yang dikeluarkan oleh lebah.


Ramai orang takut nak sengat lebah ni tapi actually sakitnya tu lebih kurang 1 ke 2 minit sahaja. Bontot lebah yang mempunyai sting akan diletakkan pada bahagian badan kita yang sakit. Kemudian sting tu akan tertanggal dari badan lebah dan menyucuk masuk ke kulit kita macam cucuk jarum. Masa ni rasa sakit sebab venom dari sting tu sedang mengalir ke dalam urat saraf kita. Selepas 10 - 15 minit, sting tu akan dicabut dari badan kita.


Kita akan rasa gatal-gatal sikit tapi jangan garu, nanti bertambah gatal. Jika rasa sangat gatal, lebih baik beritahu perawat kerana mungkin anda ada alahan padan lebah.


Apa pun, apitherapy lebah ni banyak khasiatnya. Bagi aku, rawatan ni direct merawat ke bahagian badan kita yang bermasalah tanpa melalui satu proses perantaraan. Tak perlu risau tentang kandungan bahan kimia kerana semestinya ia semulajadi, naturapathy.


So kalau ada yang berminat, boleh la cuba rawatan alternatif ni sebab aku sendiri dah jumpa ramai pesakit yang berjaya sembuh dengan rawatan sengat lebah ni. Tapi kalau dah sembuh, mesti konsisten minum air secukupnya dan sekali sekala ambik la rawatan ni semula untuk kuatkan sistem imunisasi badan kita untuk melawan apa jua jenis penyakit kecuali tua dan mati.


Friday, February 24, 2017

Teman Lama

Hari ni rancang nak pergi Wisma Goshen buat apitherapy sengat lebah dan jumpa kawan lama aku di Universiti Malaya jam 12 tgh. Disebabkan aku keluar lewat dari rumah Warie (adik aku) di Hulu Langat, jadinya tak sempat la aku nak buat rawatan apitherapy. Aku pun terus tukar destinasi waze ke Aroma Cafe di UM memandangkan ada 15 minit saja lagi. 

Kawan lama aku ni dah lama tak jumpa, lebih kurang 23 tahun tak jumpa sejak habis sekolah darjah 6 di Sek. Keb. Anak-anak Angkatan Tentera. Dah dapat Doctrate sekarang, bergelar Dr. Masyitah. Hebat kawan2 aku sekarang. 

Dalam tempoh lama tak jumpa tu, macam2 yang telah kami lalui. Alhamdulillah, jadi orang juga la kami ni. Kami pon sibuk la berkongsi cerita hidup masing2. Cuma yang aku kesal sebab tercerita tentang cancer aku ni. Dah cuba mengelak tapi tak mampu menipu.

Nilai title 'childhood friend' ni besar maknanya bagi aku. Satu persahabatan yang ikhlas dan genuine, di mana kita berkawan tanpa syarat dan niat. Bak kata Syitah, walaupun masing2 dah berubah sesuai dengan peredaran waktu, namun roh tetap sama. Masih terserlah karektor asal kita di masa kecil biarpun cuba dilindungi.

Kawan2 panggil dia Syitah tapi dia suka eja nama dia cheetah 😊. Syitah duduk depan aku dan dia duduk di antara Ridhwan Khalid dan Rasul. Budak2 dua orang ni suka usik dia, sembunyi alatulis dia, ejek dia. Ada satu masa tu depa ejek dia semut sampai nangis2 dia. Aku pun tak pasti kenapa tapi lepas tu semua orang panggil dia semut.

Kami selalu makan nasi lemak sama2 tepi kelas dan tunggu van sama2 masa balik sekolah. Masa tunggu van, kami selalu pi beli aiskrim malaysia kat makcik rumah berek TUDM depan sekolah. Lepas tu dia ajak aku pi tepi Pusat Sumber Sekolah. Kat situ ada satu pokok daun macam alorvera yang ada duri2 kat tepi daun. Dia ajar aku cabut satu duri dan tulis nama atas daun tu dan pokok tu penuh dengan nama kami. Sweet kan. Aku cakap nanti bila ada boyfriend, aku ajak dia pi situ tulis nama kat situ 😆.

Syitah pandai menyanyi. Suara dia sedap dan merdu. Cikgu selalu suruh dia nasyid, masuk pertandingan menyanyi, berlakon dan aktiviti seni lain. Aku pula lebih kepada bersukan, maklum la budak tomboy. Aku pertama kali dengar lagu Gurindam Jiwa masa dia menyanyi dalam kelas. Aku rasa tu la lagu cinta pertama yang aku dengar. Kalau aku dengar lagu sampai sekarang akan ingat dia. 

Aku rasa happy sangat dapat jumpa kawan2 lama. Satu perasaan yang tak dapat aku nak gambarkan dengan kata2. Terasa waktu seperti waktu mencemburui bila mungkin persahabatan yang kembali terjalin hanya berbaki masanya di dunia. Bak kata Syitah, moga berjumpa lagi di tempat paling indah.

Punya la rancak kami bersembang sampai sekeping gambar pon tak ambik 😁. InsyaAllah, panjang umur jumpa lagi.

Gurindam Jiwa
Tuai padi antara masak. 
Esok jangan layu-layuan. 
Intai kami antara nampak. 
Esok jangan rindu-rinduan. 

Anak cina pasang lukah. 
Lukah dipasang di Tanjung Jati. 
Di dalam hati tidak ku lupa. 
Sebagai rambut bersimpul mati. 

Batang selasih permainan budak. 
Daun sehelai dimakan kuda. 
Bercerai kasih talak tiada. 
Seribu tahun kembali juga. 

Burung merpati terbang seribu. 
Hinggap seekor di tengah laman. 
Hendak mati di hujung kuku. 
Hendak berkubur di tapak tangan. 

Kalau tuan mudik ke hulu. 
Carikan saya bunga kemboja. 
Kalau tuan mati dahulu. 
Nantikan saya di pintu syurga.








Monday, February 20, 2017

Good Food That Connect Friends

Isnin, 20 Februari 2017

Hari ni berbuka puasa di Bigbob Cafe, Pauh Jaya. Aku ajak Hadie, so called bff teman aku berbuka. Sambil2 tu catch up sikit pasai diri masing2 dan perancangan hidup.

 

Seperti biasa aku makan spaghetti kegemaran ku. Kali ni atas recommendation Hadie, aku cuba spaghetti olive garlic add on satte vege. Aku paksa Hadie order spaghetti chicken pomodo sebab rasa macam teringin nak try 😁. Sedap juga la, rating ⭐️⭐️⭐️⭐️. Red velvet cake pon ok, tak terlalu manis dan dapat rasa diorang punya secret recipe dalam kek tu.

 

Aku cakap Hadie yang ada keperluan untuk merekodkan semua aktiviti harian aku sekarang ni. Aku cepat lupa, tak dapat nak ingat apa yang berlaku walau hanya 1 tahun saja berlalu. Mungkin ini kesan sampingan chemotherapy. Sebagai back up kalau aku dah tak boleh ingat semua benda di sekeliling aku nanti, boleh la aku baca saja diari tu untuk alat bantu an mengingat. Tapi Hadie cakap, macam mana kalau aku lupa letak mana diari tu ... 🤔 (bengong punya Hadie, aku letak ja la kat rak buku 😅)

Selain tu, rasa sakit di scapula bahu kiri aku semakin kuat dari hari ke hari. Sangat merisaukan. Mungkin sel cancer semakin merebak di kawasan tu. Aku dah rancang nak ke KL Khamis ni, mencuba apa2 rawatan alternatif yang ada di sana. Mungkin aku akan buat rawatan sengat lebah balik dan harapnya boleh menghilangkan rasa sakit. Aku juga nak berjumpa dengan wakil doktor dari Guangzhou Modern Cancer Hospital, mungkin dia ada idea kenapa rasa sakit tu mai balik. Adakah aku perlu dapatkan rawatan susulan di sana selepas 4 bulan mendapatkan rawatan pertama di sana.

Mengubati cancer ni perlu konsisten. Disiplin kena tinggi untuk diet. Aku kena cakap pada diri sendiri yang aku sekarang dah tak sama dengan orang lain, effort kena lebih untuk berdiet. Rasa macam dah tak normal bila makan kena catu dan kawal tapi itulah yang terbaik untuk masa ni.

 

Lepas berbuka aku solat maghrib di Masjid Bandar Baru Perda. Masji cantik dan besar tapi nampak kosong sebab jemaah sikit. Aku tunggu untuk solat isyak sambil dengar kuliah tajwid. 


Selain ikhtiar untuk berubat, doa dan tawakkal  juga pe nting kerana yang Maha Penyembuh itu tiada yang selayaknya melainkan Ya Rabb yang satu. Semoga Allah mengkabulkan doa aku dan memberi kesembuhan dari penyakit cancer ni, Aminn.

Saturday, February 18, 2017

Anak Derhaka

Semalam masa tengah mengulangkaji hafazan surah As-sajadah, tiba tiba air mata jatuh ke pipi. Hati ni rasa jauh dari syurga Allah bila teringat petikan Riyadus Salihin di bawah:
 

Sesungguhnya Allah sedang menguji ku dan tidaklah Dia mengujiku melainkan apa yang termampu ditanggung oleh jiwa dan ragaku.

Aku tak berniat untuk derhaka tapi hati ini sakit sangat setelah bertahun-tahun bersabar. Luka yang cuba aku balut semakin berdarah dan tak mampu lagi untuk aku ubatinya.

Aku rasa syurga itu semakin pudar untuk aku diami bilamana Rasul ku telah berpesan bahawa anatara dosa besar yang paling besar adalah derhaka kepada orang tua.

Aku tak mampu untuk menurunkan ego ku wahai Ya Allah dan kepada mu jua lah aku pohon ditunjukkan jalannya. Engkau ubati lah hati yang luka ini kerana aku ingin benar ke syurga mu. Aku pohonkan rahmat dan kasih sayang Mu jua untuk ku yang hina ini. 

Monday, February 6, 2017

Jurnal Cancer - Adakah Cancer Kembali

6 February, 2017 - Follow up checkup dengan Dr. Ang di Adventist Hospital setelah 2 bulan tak menjalani chemotherapy.

Ujian darah untuk CA15.3 kurang memberangsangkan kali ni, bacaan pada skala 7.1. Rekod tumor marker hinggi kini:
Oct 24, 2016 - 7.5
Nov 3, 2016 - 9.0
Nov 18, 2016 - 2.5
Feb 2, 2017 - 7.1

 

Kebarangkalian disebabkan keenganan aku untuk mengambil tamoxifen, ubat mengawal hormon estrogen bagi mencegah cancer berulang. Agak penting bagi pesakit cancer di peringkat usia 20an ke 40an untuk mengambil ubat mengawal hormon kerana pada peringkat usia sebegini hormon perempuan agak aktif & agresif.

Sejujurnya ada faktor lain yang menyumbang seperti pengurangan dos Cellmaxx serta tidak menjaga diet yang betul. Disebabkan keputusan darah yang sangat baik pada bulan 11, aku sangat yakin bahawa aku telah sembuh. Jadi aku mengambil ringan soal pemakanan dan aku juga mengurang pengambilan supplement Cellmaxx dari 4 sachets sehari ke 2 sachets.

Paklang macam kurang berpuashati dengan keputusan aku berhenti chemotherapy yang pada pandangan dia merupakan sebab mengapa bacaan cancer marker teruk untuk kali ni. Apun aku anggap ini sebagai tempoh percubaan dan ujikaji, sukar untuk mendapatkan keputusan yang tepat untuk badan kita. Sekurangnya aku tahu bagaimana badan aku respon pada sesuatu tindakan yang aku buat.

Hari ni 7 Februari, aku ke Adventist lagi untuk dapatkan suntikan Zometa bagi tulang dan Eligard bagi hormon. Paklang kata ikut nasihat doktor 😏.

Berat juga hati sebab keyakinan hati masih pada rawatan secara natural. Tapi tak pa la, aku dengar cakap semua kali ni. 6 minggu lagi datang untuk checkup, harapan keputusan darah bagi cancer marker kembali positif. Dr. Ang ada cakap kemungkinan untuk melakukan PET Scan. 

Saturday, January 28, 2017

Immune System Boosters for Cancer

 


If you have a nutritional deficiency, you may want to consider these two health supplements. Besides natural organic sources, Millennium and Cellmaxx have become a good agent as my immune system boosters. I survived with only drinking 2 sachets of Millennium daily when I was on treatment in China for 2 weeks while Cellmaxx has been tremendously rejuvenating the stem cell in my bone marrow beyond medical expectations.


Ever since these two products become my daily consumption, medically testified that I am free from cancer. Yet to proof the next 5 years for cancer not to come back, so I have to behave🙂. My oncologist had approved the chemotherapy to stop after 3 cycles and no radiotherapy required for me. What a bless from God. Now I am far more better and more happier than before. Looking forward for my next follow for a scheduled PET Scan to see how the cancer cells is improving after the chemotherapy has been stopped.


I am not a medical expert but happily recommending diet, exercise, enough sleep and nutritional supplements first, saving prescription drugs for use only as a last resort. The doctors may consult you to their best knowledge and do appreciate their expertise but always discuss with them as we have the rights to decide what's the best for our body. Do the best you can and leave the rest to God, you'll never be disappointed 🤞🏻

Monday, January 23, 2017

Uber - Mastering Uber Partner Apps & soft skills

I told you right that I'm an uber driver now 😁.

Well, my first experience driving uber a week ago wasn't good enough. Lack of preparations totally immersed myself into panic.So I went back home to do homework & learnt to operate uber apps holistically. 

Jan 19, was my second trials and I must say it was a good experience though. God sent me down all the nice people to be my passengers. My first two passengers were foreigners, one from Kerala, India and the other one from Shanghai, China. They were on business trip, to be accurate visiting their business here. Being a multi racial country, I can't see why they shouldn't seize that opportunity while the market is wide open for them. I wish to have my own business too here in my home country that can be expanded globally.

Back to uber, the plan was to pick up around mainland but accidentally one of my passengers destination was going to Islands. Here where I made money from uber. Dollar gets you more to reach farther destinations. Hey, I even get tips from one of my customers. I told him not to but he insisted me to accept the money for good service. Well, do I have rights to say no...definitely not yeah 😁.

Earnings seemed non stop when you reach islands, where the demand is high. I don't even have to wait for new request as it keeps coming whenever you confirmed trip completed. Contrary to mainland, the waiting period varied from 15 minutes to an hour. So now I know where & when to uber for big money.

Since I'm in a good momentum, I've been uber for 3 consecutive days with total earnings over RM100. I guess that's not bad for part-time uber driver. I also discovered new situations daily that makes me a good uber driver though. Learn from your mistakes and improve your service, that will guarantee good ratings. 

 

Happy uber!

Tuesday, January 17, 2017

Monday Outing to Penang

Semalam outing dengan Ban. Kita ronda-ronda Penang ja. At first we didn't know where to go but since both of us hate crowded places, so we decided to go to Batu Feringgi.

Syok jalan on weekdays ni sebab tak busy dengan orang dan kereta. So we had a good ride to the top. We stopped at Tropical Spice Garden, Teluk Bahang. For some reason, I can't connect with all those plants. No doubts of their roles in human life but yet I see them stiff and not alive. Jadinya kami pon pi melepak dekat pantai depan tu ja. 
 
 
Lepas chi-chat dan ambil gambar, perut aku pun mula lah berdendang. Mana tak nya, dah dekat pukul 2 petang. Ini lah masalah paling besar bila mana dua-dua orang tak boleh nak decide nak lunch dekat mana. Disebabkan perut dah tersangat lapar dan malas nak tanya pakcik google mana tempat makan best, kami putuskan sebulat suara untuk makan di hotel ja. Area Batu Feringgi memang banyak hotel dan kami pilih lunch di Golden Sands Resort.

 

Sambil santai-santai lunch, kami dapat juga nikmati pemandangan tepi laut. Macam-macam aktiviti ada kat pantai depan hotel ni; body & foot massage, water sport activities, dan juga parasailing. Abang tu punya la bersungguh suruh aku naik parasailing, siap bagi discount kauw punya. Ada 3 harga berbeza mengikut size circuits; small, medium & large. Lagi besar size circuits lagi jauh dan lama kat atas sana. Abang tu offer L size pada harga RM100 yakni caj pada harga S size. Kira untung juga la kalau nak cuba. Tapi memandangkan perut aku dah penuh, tak pasal- pasal terkeluar semua bila terbang di udara nanti.

 
Lepas dah bosan tengok Mat salleh dok berjemur, kami pun bergerak ke Countryside Stables, Sungai Burung. It's a privately owned property by a Malay guy located at Teluk Bahang. Entrance fee is RM5 for adults and if you want some activities, you may pay RM10 for hays or RM20 for horse ride.
 
I chose horse riding... yehaaaa!
 

To call our day, we went for coffee & sandwich at O'rien Sandwich, opposite Queensbay Mall for dinner. Kami sembang-sembang sementara tunggu traffic reda di Jambatan  Pulau Pinang. Well, one whole day outside was good enough for me to feel excited again about venturing my inner adventurous life. Thanks to Ban for being a good companion. 

I wish to sleep soundly after days of sleepless night but ended up stay up whole night. 😴

Sunday, January 15, 2017

Untung Shopping Musim Tahun Baru Cina

Semalam lepas makan kenduri tahlil, aku pi ronda-ronda kedai furniture. Hajat hati nak cari almari baju. Almaklum la dah 2 tahun duduk Kulim, baju pun makin bertambah la.

Kedai pertama tu tak ada almari macam aku nak. Singgah di kedai kedua, ada la sebiji almari baju yang ada cermin. Harga display RM330. Tanya taukeh ada discount tak, dia cakap bagi RM290 ja. 🤔

Dalam hati macam nak survey lagi tapi malas pun ada juga. Aku minta kurang lagi tapi taukeh cakap sudah kurang banyak. Aku cakap la kat dia budget aku berapa walhal aku tak ada budget pun 😁. Aku pun pura2 la berkenan sangat alamari tu walau dalam hati tak rasa apa pun. Lepas tu aku cakap tak jadi la sebab over budget dan gerak keluar. Tiba2 taukeh panggil, "mari!mari!... I bagi you la, mau raya punya pasai". Aku terpingga-pingga juga la tapi dia siap ambik kerusi suruh aku duduk dulu sementara tunggu bil. 

Aku rasa ong juga la shopping time2 Chinese New Year ni. Beberapa minggu lepas aku beli juice extractor, dari RM400++ dapat discount sampai RM100++. Untung juga la. Mungkin sebab tahun ni tahun aku kot, tahun ayam jantan 😊

So tips untuk shopping sakan, beli la pada musim CNY sebab diorang nak clear stock sebelum mula tahun baru.

Nak shopping apa plak ya, ada beberapa hari lagi ni sebelum CNY 😝

Saturday, January 14, 2017

Hak Seorang Muslim & Seorang Sahabat

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Hak muslim ke atas muslim itu ada lima perkara iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputan, mendoakan ketika bersin.” - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hari ni ada jemputan kenduri tahlil di Sungai Ular, Kulim. Staff yang juga kawan baik aku di Kulim ni baru saja kehilangan bapa mertuanya yang dah lama sakit. Masa pengkebumian hari tu aku tak pi ziarah dan majlis tahlil hari ni pun banyak kali dia ingatkan aku untuk datang.

Rasa berat seperti biasa nak hadiri kenduri-kendara ni. Aku memang malas dan sudah terbiasa tidak memenuhi jemputan tanpa sebarang alasan. Bukan nak menyalahkan tapi hakikatnya aku terdidik sebegitu. Sejak kecil aku tidak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Hidup kami sekeluarga hanya tentang keluarga kami saja. Biasa aku lihat bila orang kampung datang menjemput ke kenduri, mak aku tidak akan hadir dengan alasannya yang tersendiri. Hanya ayah aku saja yang memenuhi undangan. So, it's in the family ok.

Tapi sejak aku dah mula mengaji ni, baru aku tau yang wajib memenuhi jemputan ni lebih lagi majlis tahlil macam tadi. Makanya aku berusaha keras memotivasi kan diri untuk kuatkan semangat pi kenduri. Aku pi lewat sikit, almaklum la nak pujuk diri bukan senang. Alhamdulillah, kawan aku pun macam tak percaya yang aku sampai juga ke rumah dia.

Aku harap orang tak jemput aku pi kenduri lagi, aku lagi bahagia macam tu. Kalau dah dapat undangan dah jadi satu kewajipan untuk aku memenuhi jemputan tu. Apa pun, ini jihad aku untuk jadi muslim yang lebih baik, Insha Allah.

Friday, January 13, 2017

Pasta & Kuliah Maghrib

Hari ni lepas kerja lepak makan2 dengan Ban (Ban ja kerja, aku masih cuti) ☺️. Rasa dah lama tak makan pasta, teringat Hadie cakap ada tempat serve pasta best dan fresh. So aku pun terus ajak Ban lepak di BigBob Cafe Pauh Jaya, berhadapan dengan Mydin Mall. Sebagai penggemar tegar pasta, Chicken Spagetthi Carbonara yang aku order tu biasa2 saja, nothing special. Kiranya wow factor tu tak ada la. Mungkin lepas ni aku kena cuba signature dish BigBob kot, baru kebaboom gitu. Western foods adalah diorang punya main cuisine tapi Asian foods macam nasi2 pun ada juga la kalau korang nak makan. Lupa pula nak snap gambar tapi ni foto credit dari official facebook diorang.

 
Ni la kot Bigbob tu 😁

 
Ni la spaghetti carbonara yang aku order tu

Overall, when it comes to foods...nothing much you can expect other than a big smile on your face. Service kat sini pon cepat dan tempat yang selesa untuk hang out.

Borak punya borak, terlewat nak solat maghrib. Lepas hantar Ban balik rumah, aku bergegas ke masjid berdekatan... Masjid Taman Sembilang, Seberang Jaya. Sekali ada kuliah maghrib oleh Ustaz Shahul Hamid, naib juara program Pencetus Ummah tu. Ustaz ni merapu sikit, style orang Penang cakap la. Kalau ampa mai penang jangan terasa hati dengan suara tinggi depa atau bahasa kasar depa sebab tu la cara depa melawak.

Aku tak rancang pun nak dengar kuliah agama tapi untuk tak mau rasa bersalah pada agama dan hati sendiri, aku duduk saja dengar. Sangka aku masuk waktu Isyak ja kuliah pun habis la, sekali ustaz ni lajak ceramah sampai pukui 9.30. Lepas solat Isyak berjemaah, ada pula tahlil ringkas atas permintaan salah sorang jemaah yang berhajat. Aku redha saja pada perkara yang baik macam ni kerana Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk aku.

Even though I was accidentally there for my Maghrib prayer but I know God purposely brought me there to answer one of my prayers. You see, how Allah loves me 💞. Jadi sekarang aku dah tau apa yang patut aku buat untuk jadikan hajat aku kenyataan. Thank you Allah.

Walaupun pada mulanya aku tak berapa ikhlas nak duduk dengar kuliah agama tu tapi aku dapat rasa satu keseronokan menghadiri majlis ilmu di masjid tu. Aku terus berdoa supaya Allah bagi aku kekuatan untuk istiqomah berjemaah di masjid setiap Maghrib. Sekurang-kurangnya tak banyak pun sikit ilmu pasti aku dapat bawa balik. Semoga ini jalannya untuk aku menuju ke syurgaMu Ya Allah melalui taman-taman syurga di dunia ini.

 


 

Thursday, January 12, 2017

Uber

Hari ni first day aku cuba jadi uber partner. Hampir 2 jam aku ronda-ronda dari kulim-permatang pauh-bertam-sungai dua.

Dapat 2 requests. So sekarang aku dah boleh agak area mana yang ada demand dan masa pon merupakan faktor penting. 

Cerita masa dapat first request, aku punya hati ni macam2 rasa ada. Happy tu semestinya tapi aku punya nervous tu tahap gaban juga la. Satu chinese couple ni aku pick up kat sungai dua, nak ke jeti. Masa pick up tu aku tekan navigate, ada la map direct aku ke sana. Tapi masa nak hantar ke jeti tak ada pula navigation. Dalam hati cakap, nasib baik aku tau jalan ke jeti.

Aku pon drive macam selalu. Maksud macam selalu tu, bila dah sunyi dalam kereta, fikiran aku mula la melayang-layang. Entah macam mana, boleh pula aku  terlepas exit ke butterworth. Pening (3x)...

Aku cepat2 exit prai. Aku nampak dari rear mirror yang mamat tu mula dok tengok2 luar tingkap, macam pelik dengan jalan yang aku bawa. Aku dah hampir nak cakap sorry sebab salah ambik jalan tapi mamat tu terus sambung main phone dia. So aku pon terus drive sambil doa dalam hati banyak2 supaya tak salah jalan lagi.

Alhamdulillah, sampai juga jeti. Aku buat hal lagi, tak tahu macam mana nak check tambang. Mamat tu sabar ja tunggu aku dok godek phone aku. Akhirnya jumpa dan tambang dari sungai dua ke jeti ikut jalan yang aku bawa tu dapatlah RM12.80. Sekali duit kecik tak ada pula. Semua note RM50, maklum la baru ambik kat ATM tadi 😁. Aku cakap dia sedekah 8 kupang tapi dia tetap tak ada RM10. Nasib baik mamat tu baik hati pi tukar duit kat gerai kuih tepi jalan.

Dia senyum dan cakap thank you. Aku pon ucap Happy Chinese NewYear. Aku take it as a good feedback dari dia la.

So, next trip kena lebih bersedia. Pastikan ada duit kecik dan faham uber apps partner tu betul2.

Setelah dua bulan plan nak bawa uber, hari ni jadi kenyataan. Esok cuba lagi 😊💪🏻


Saturday, January 7, 2017

Spread The Big C to Neighbour

This morning I had a chance to catch up with my neighbour , Jo. To my surprise, he is currently diagnose with Cancer stage 1.

That big C was discovered last November and went throught the surgery in December to remove tumor from his kidney. Gosh! That cancerous tumor was as big as tennis ball. Just imagine the pain he suffered for that size.

Jo is no longer a big guy, he seems to loose weight a lot. Now he is taking care of his diet carefully as what I did when I first discovered the big C in January 2016. Pity for a guy like him who enjoy foods very much now has to be selective.

Well, I never thought my big C will spread to my neighbour 😁. May be this is we call, sharing is caring. Depsite he used to encourage me to be strong, now we have to do it to each other. Get well soon Jo. We'll fight this big C till the end. Oh yeah, we will!

Big C , go away!

Wednesday, January 4, 2017

Kawan Organic

Bila kita diberi musibah, pasti akan datang bahagia bersamanya.

Inilah tujuan utama kenapa aku start blogging balik. Ingin ku kongsikan tentang perjalanan aku mencari penawar cancer.

Namun dalam perjalanan tu, aku temui sesuatu yang tak ku sedar sebelum ni... kasih sayang.

Bila keluarga dan sahabat mula tau aku menghidap cancer, ramai yang datang menunjukkan kasih sayang, mungkin juga simpati. Tapi aku tak kisah sebab aku bahagia hidup dikelilingi kasih sayang biar pun ia mungkin palsu.

Aku juga sedar siapa orang yang betul-betul peduli dan sayangkan aku. Mereka yang dulu macam tak pedulikan aku tapi sekarang selalu bertanya khabar aku dan tolong aku dalam beberapa hal. Tak kira bangsa mereka pasti sekurang-kurangnya pastikan aku sentiasa sihat dan menjaga pemakanan.

Semalam balik saja ke kulim, aku ke kedai organic shop yang selalu aku beli barang-barang dapur. Owner kedai tu happy sangat tengok aku dah sihat dan bertenaga.

Sebelum aku ke Guangzhou, hari-hari dia suruh aku pi kedai dia buat sauna tanpa sebarang caj untuk buang toksin dalam badan. Walaupun pada mulanya kami hanya pejual dan pelanggan tapi sekarang kami dah jadi kawan.

Macam tu la Allah aturkan untuk kita. Bila Dia ambil sesuatu dari kita, pasti Dia beri sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Thanks to my organic friends from Smiling Heart Organic Shop & Sunrise Organic Shop

Tuesday, January 3, 2017

Azam

Blog my-Ghard aku buka sebab nak kongsi perjalanan aku untuk berubah menjadi insan yang baru. Tapi blog ni tak pernah pon ada entri.

Tahun ni aku rasa macam rajin sikit nak menulis, harap-harap blog ni akan ada banyak entri lepas ni.

Bagi aku perjalanan 2016 sangat menarik. Aku rasa macam dah naik ke satu peringkat hidup yang lebih tinggi. Di saat aku bahagia, Allah tidak benarkan aku terus leka berada dalam zon selesa. 

Maka aku teruskan lagi jihad aku untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. 2017 ni aku bertekad untuk meninggalkan segala yang buruk, yang belum mampu aku tinggalkan di tahun 2016.

Azam memang tak dapat dipisahkan dengan tahun baru kan 😝. Tak semenggah betul dok menulis pasai azam tahun baru