Saturday, January 14, 2017

Hak Seorang Muslim & Seorang Sahabat

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Hak muslim ke atas muslim itu ada lima perkara iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputan, mendoakan ketika bersin.” - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hari ni ada jemputan kenduri tahlil di Sungai Ular, Kulim. Staff yang juga kawan baik aku di Kulim ni baru saja kehilangan bapa mertuanya yang dah lama sakit. Masa pengkebumian hari tu aku tak pi ziarah dan majlis tahlil hari ni pun banyak kali dia ingatkan aku untuk datang.

Rasa berat seperti biasa nak hadiri kenduri-kendara ni. Aku memang malas dan sudah terbiasa tidak memenuhi jemputan tanpa sebarang alasan. Bukan nak menyalahkan tapi hakikatnya aku terdidik sebegitu. Sejak kecil aku tidak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Hidup kami sekeluarga hanya tentang keluarga kami saja. Biasa aku lihat bila orang kampung datang menjemput ke kenduri, mak aku tidak akan hadir dengan alasannya yang tersendiri. Hanya ayah aku saja yang memenuhi undangan. So, it's in the family ok.

Tapi sejak aku dah mula mengaji ni, baru aku tau yang wajib memenuhi jemputan ni lebih lagi majlis tahlil macam tadi. Makanya aku berusaha keras memotivasi kan diri untuk kuatkan semangat pi kenduri. Aku pi lewat sikit, almaklum la nak pujuk diri bukan senang. Alhamdulillah, kawan aku pun macam tak percaya yang aku sampai juga ke rumah dia.

Aku harap orang tak jemput aku pi kenduri lagi, aku lagi bahagia macam tu. Kalau dah dapat undangan dah jadi satu kewajipan untuk aku memenuhi jemputan tu. Apa pun, ini jihad aku untuk jadi muslim yang lebih baik, Insha Allah.

No comments:

Post a Comment