Friday, January 13, 2017

Pasta & Kuliah Maghrib

Hari ni lepas kerja lepak makan2 dengan Ban (Ban ja kerja, aku masih cuti) ☺️. Rasa dah lama tak makan pasta, teringat Hadie cakap ada tempat serve pasta best dan fresh. So aku pun terus ajak Ban lepak di BigBob Cafe Pauh Jaya, berhadapan dengan Mydin Mall. Sebagai penggemar tegar pasta, Chicken Spagetthi Carbonara yang aku order tu biasa2 saja, nothing special. Kiranya wow factor tu tak ada la. Mungkin lepas ni aku kena cuba signature dish BigBob kot, baru kebaboom gitu. Western foods adalah diorang punya main cuisine tapi Asian foods macam nasi2 pun ada juga la kalau korang nak makan. Lupa pula nak snap gambar tapi ni foto credit dari official facebook diorang.

 
Ni la kot Bigbob tu 😁

 
Ni la spaghetti carbonara yang aku order tu

Overall, when it comes to foods...nothing much you can expect other than a big smile on your face. Service kat sini pon cepat dan tempat yang selesa untuk hang out.

Borak punya borak, terlewat nak solat maghrib. Lepas hantar Ban balik rumah, aku bergegas ke masjid berdekatan... Masjid Taman Sembilang, Seberang Jaya. Sekali ada kuliah maghrib oleh Ustaz Shahul Hamid, naib juara program Pencetus Ummah tu. Ustaz ni merapu sikit, style orang Penang cakap la. Kalau ampa mai penang jangan terasa hati dengan suara tinggi depa atau bahasa kasar depa sebab tu la cara depa melawak.

Aku tak rancang pun nak dengar kuliah agama tapi untuk tak mau rasa bersalah pada agama dan hati sendiri, aku duduk saja dengar. Sangka aku masuk waktu Isyak ja kuliah pun habis la, sekali ustaz ni lajak ceramah sampai pukui 9.30. Lepas solat Isyak berjemaah, ada pula tahlil ringkas atas permintaan salah sorang jemaah yang berhajat. Aku redha saja pada perkara yang baik macam ni kerana Allah sedang merancang sesuatu yang baik untuk aku.

Even though I was accidentally there for my Maghrib prayer but I know God purposely brought me there to answer one of my prayers. You see, how Allah loves me πŸ’ž. Jadi sekarang aku dah tau apa yang patut aku buat untuk jadikan hajat aku kenyataan. Thank you Allah.

Walaupun pada mulanya aku tak berapa ikhlas nak duduk dengar kuliah agama tu tapi aku dapat rasa satu keseronokan menghadiri majlis ilmu di masjid tu. Aku terus berdoa supaya Allah bagi aku kekuatan untuk istiqomah berjemaah di masjid setiap Maghrib. Sekurang-kurangnya tak banyak pun sikit ilmu pasti aku dapat bawa balik. Semoga ini jalannya untuk aku menuju ke syurgaMu Ya Allah melalui taman-taman syurga di dunia ini.

 


 

No comments:

Post a Comment